by ; Rabeah Mohd Ali
Ketika kematian menjadi mimpiku
Serasa alam barzahku kelam
Meraung aku semahunya
Mahu dihidupkan semula
Benarlah kata Tuhan
Aku cuma beri peluang di kala kamu hidup
Sekarang kamu sudah mati
Dulu masa hidup kamu sombong
Kamu bongkak dengan dirimu sendiri
Ada hamba -Ku datang meminta maaf padamu
Kau tak mahu maafkan
Sedangkan aku
Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Ampunkan hamba-Ku biarpun
Dosanya sepenuh bumi
Sepenuh langit
Siapa kamu?
Tahukah kau duhai hamba-Ku
Pakaian sombong itu hanya
Layak untuk-Ku
Bukan engkau!
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Aku terjaga dari mimpi
Mimpi rupanya aku
Mimpi tentang kematianku
Aku mati dalam kesombongan
Nauzubillah!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
18 Sept 2012
Benarlah kata Tuhan
Aku cuma beri peluang di kala kamu hidup
Sekarang kamu sudah mati
Dulu masa hidup kamu sombong
Kamu bongkak dengan dirimu sendiri
Ada hamba -Ku datang meminta maaf padamu
Kau tak mahu maafkan
Sedangkan aku
Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Ampunkan hamba-Ku biarpun
Dosanya sepenuh bumi
Sepenuh langit
Siapa kamu?
Tahukah kau duhai hamba-Ku
Pakaian sombong itu hanya
Layak untuk-Ku
Bukan engkau!
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Aku terjaga dari mimpi
Mimpi rupanya aku
Mimpi tentang kematianku
Aku mati dalam kesombongan
Nauzubillah!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
18 Sept 2012
Tidak ada komentar:
Posting Komentar